Wednesday, November 14, 2012

APA ITU PERMODELAN MATEMATIK (MATHEMATICAL MODELLING)?
Mason and Jason (1991) menyatakan bahawa secara inttuitif, ramai orang memahami 'model' dalam konteks fizikal iaitu replikasi sesuatu objek yang telah diperkecilkan. Contohnya kanak-kanak suka membuat model kapal atau kapalterbang. Ia mempunyai ciri yang sama dengan yang asal. Model matematik adalah suatu struktur matematik yang boleh menggambarkan sesuatu situasi atau masalah. Contoh model-model matematik ialah graf, persamaan, rumus, rajah, jadual dan sebagainya. Proses menghasilkan model ini dipanggil permodelan matematik (mathematical modelling) Mathematical Modelling adalah subset kepada penyelesaian masalah. Ia adalah suatu proses bukan suatu set peraturan atau perhubungan yang perlu dikuasai.
Terdapat 4 peringkat utama dalam proses permodelan matematik iaitu:
1. Mendapat gambaran yang jelas tentang masalah atau situasi harian.
2. Memilih cara dan bahasa matematik yang paling sesuai untuk mewakili masalah tersebut.
3. Menyelesaikan masalah tersebut.
4. Menterjemahkan penyelesaian kepada bahasa biasa.
Permodelan matematik menghubungkatkan 3 komponen iaitu situasi fizikal (situasi harian), model mental (persepsi minda) dan model matematik.

Hubungan di antara tinggi dan depa (Situasi Fizikal) - Menggambarkan tinggi dan depa (Model mental) - Ketinggian = depa, Ketinggian > Depa, Ketinggian< Depa (Model Matematik).


phonics song

Monday, November 12, 2012

Graf Gambar atau Piktograf

Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau simbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat

Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit nilai setiap gambar atau simbol yang digunakan itu dengan jelas dan nyata.

Graf Bergambar (Picture Graft)