APA ITU PERMODELAN MATEMATIK (MATHEMATICAL MODELLING)?
Mason and Jason (1991) menyatakan bahawa secara inttuitif, ramai orang memahami 'model' dalam konteks fizikal iaitu replikasi sesuatu objek yang telah diperkecilkan. Contohnya kanak-kanak suka membuat model kapal atau kapalterbang. Ia mempunyai ciri yang sama dengan yang asal. Model matematik adalah suatu struktur matematik yang boleh menggambarkan sesuatu situasi atau masalah. Contoh model-model matematik ialah graf, persamaan, rumus, rajah, jadual dan sebagainya. Proses menghasilkan model ini dipanggil permodelan matematik (mathematical modelling) Mathematical Modelling adalah subset kepada penyelesaian masalah. Ia adalah suatu proses bukan suatu set peraturan atau perhubungan yang perlu dikuasai.Terdapat 4 peringkat utama dalam proses permodelan matematik iaitu:
1. Mendapat gambaran yang jelas tentang masalah atau situasi harian.
2. Memilih cara dan bahasa matematik yang paling sesuai untuk mewakili masalah tersebut.
3. Menyelesaikan masalah tersebut.
4. Menterjemahkan penyelesaian kepada bahasa biasa.
Permodelan matematik menghubungkatkan 3 komponen iaitu situasi fizikal (situasi harian), model mental (persepsi minda) dan model matematik.
Hubungan di antara tinggi dan depa (Situasi Fizikal) - Menggambarkan tinggi dan depa (Model mental) - Ketinggian = depa, Ketinggian > Depa, Ketinggian< Depa (Model Matematik).
No comments:
Post a Comment